Tuesday, November 23, 2010

jom masak!!!!

1 ekor ayam (berat anggaran 1 1/2kg hingga 2kg ~ jangan dibelah dan jangan dibuang kulitnya)
_Cuci bersih ayam dan toskan , lalu dilumur dengan sedikit garam
_2 sudu teh serbuk buah pala
_1 sudu makan serbuk lada hitam yang kasar
_2 sudu m...akan kicap cair
_1 sudu makan kicap pekat
_1 biji lemon, ambil jusnya
_200g mentega lembut @ olive oil(minyak zaitun)

Bahan2 Sayuran:
_sedikit garam untuk tabur atas sayurnya
_1 biji bawang besar ~ belah empat
_500g kentang kecil dicuci bersih dan jangan kupas kulit
_10 biji broccoli (boleh dilebihkan) potong hujung dan cuci bersih
_2 biji tomato belah
_4 beberapa biji cherry tomato
_Beberapa biji baby carrot ~ kukus sebentar (jika mahu)

CARA ~
_Alas tin pembakar dengan kertas timah yang lebih lebar dari dulangnya.
_Panaskan ketuhar 180C.
_Kicap, jus lemon., lada hitam dan buah pala digaul rata dalam mangkuk. Lumurkan pada ayam.
_Masukkan perutnya sedikit mentega dan cecair perapan. Biarkan sebentar supaya meresap kedalam ayam.
_Terbalikkan ayamnya dan ikat kedua2 kakinya dengan benang putih kasar, supaya bila dimasak, kakinya bercantum.. begitu juga dengan kedua kepaknya. (Ikat longgar sahja)
_Setelah itu, alihkan ayam kedulang pembakar, dengan bahagian belakang diatas. Curahkan lebihan cecair diatas ayam. Sapu ayam dengan mentega terutama didalam perutnya. Selitkan ubi kentang kecil ditepi-tepi ayam, terutama dibawahnya
_Masukkan beberapa biji kentang kecil, tomato ceri dan broccoli didalam perut ayam.
_Hias sekelilingnya dengan lebihan tomato, broccoli dan bawang besar. _Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 30 minit.
_Jika terdapat banyak cecair yang keluar, senduk dan siram diatas ayam.
_Masukkan semula kedalam ketuhar dan bakar lagi selama 20 minit sehingga masak. (Jikalau kentang kecil belum empuk, biarkan kentang masak beberapa minit lagi.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...